Surprise Me!

PRU15 | Rafizi akan mula kempen secara tersusun bulan depan

2022-06-20 0 Dailymotion

Calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengumumkan akan mula berkempen secara tersusun setiap minggu mulai 1 Julai ini sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata ia susulan jangkaannya bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan seawal Ogos atau September ini bagi membolehkan Bajet 2023 dibentangkan kerajaan baharu.